Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Khamis, 3 April 2014

Cari Pengalaman Selepas Taman Sekolah

Assalamualaikum. Hai. korang semua sihat ? Sorry la. Aku sibuk bekerja. Tak ada masa nak update blog aku ni. Maafkan aku ya. Hihi
 Untuk pengetahuan korang. Selepas saja tamat menjawab peperiksaan SPM, aku mula mencari kerja. Cari punya cari, tak dapat. Mula la rasa macam putus asa sikit. Ok la pastu aku duduk rumah. Penat katanya cari kerja. Hehe. Kemudian petang tu kawan aku datang. Datang menyinggah lepak. Borak punya borak, aku tany pasal kerja. Mungkin Allah utuskan member aku tu bagi aku kerja. Punyalah bersyukur aku masa tu. So dia kata suruh follow dia masa nak pergi kerja.

Lepas temu duga aku di beri tugasaan sebagai operator mesin. Seronok sebenarnya bekerja ni. tapi yang tak bestnya, bila kena OT sampai malam. kau banyangkan je la bau badan kau tu macam mana. Kerja dari pagi sampai malam. Mana tak tenggik badan kau tu. penat ? Tak usah cakap la bro. kalau 2 minggu terus je kau tak rehat. pagi sampai malam kerjanya. Penat dia tak usah cakap.

Aku telah mendapat tawaran untuk sambung belajar. Masa itulah aku mula hantar memo berhenti 1 bulan lebih awal. Kalau lambat-lambat bagi memo nanti aku susah nak claim gaji. huhu. Siapa yang taknak duit kan.. Aku dapat cuti seminggu lebih awal. Senang sikit aku nak buat persedian untuk sambung belajar nanti. Rasa sedih nak berhenti sebenarnya. Yalah, kawan kawan kau, suasana kerja kau, persekitaran kau tempuh sepanjang kau kerja. takkan lah kau nak lupa kan.

Akhir kata, tidak terlewat hendak mengejar cita cita. Peluang itu sentiasa ada, cuma kita kena bijak dan pantas untuk mengejar dan mengapai kejayaan untuk diri kita. Moga segala perancangan kita berjaya hendaknya. Insya-Allah... Amin....