Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Khamis, 6 Disember 2012

Selamat Tinggal tugas ku sebagai Ketua Kelas T_T


Assalamualaikum.. Hai semua. untuk makluman korang semua, aku ni sebenarnya ketua kelas 5 Dedikasi 12'. Memandangkan aku dah habis SPM. maka tugas aku pon tamat la juga.



Ini lah wajah Ketua Kelas A.K.A Papa
5 DEDIKASI  :)

Sehari sebelum cuti sekolah, aku dengan kawan-kawan sekelas round-round cari cikgu untuk bermaafan supaya ilmu yang cikgu curahkan pada kitorang lebih berkat.. insya-ALLAH. Sampai je turn teacher form aku, tiba-tiba aku rasa sebak. Akhirnya mengalir la air mata seorang pelajar ini. Macam mana muka aku time aku menangis ? hahaha.. Tanya la kawan-kawan aku.

Cikgu aku ni  pandai pula dia cover air muka dia, ceh.. Poyo je.. hahaha.. [sorry teacher, terkutuk :) ] Masa aku tengah mintak maaf dengan teacher aku ni, mesti lah teresak-esak kan. so dia ni bagi la tisu kat aku. suruh lap air mata. aku simpan lagi kot tisu tu.. nak buat kenangan. hehe. Dia siap bagi semngat dekat aku. Dia cakap yang aku Ketua Kelas Terbaik Ke-2 teacher. So maknanya aku dah berjaya menjalankan amanah aku sebagai ketua kelas.

walaupun aku ni ketua kelas, tapi aku ni pun ala-ala baik juga. hehehe.. baik macam mana ? tau-tau je la.. Selalu juga mengelak dari kena denda sebab tak siapkan kerja sekolah yang cikgu beri. kiranya ponteng la. hehe. kadang-kadang aku lepak dengan dua member aku ni yang selalu bawa aku dekat part dorang smoke. aku pun join la. tak kan nak pandang je.  hehe..

Bukti yang Aku ni Ketua Kelas A.K.A Papa
5 DEDIKASI

dalam tingkatan 5 ni sebenarnya yang mematangkan aku. banyak juga memori yang di simpan. apa-apa pun aku gembira menjadi papa dalam kelas aku :)
thanks to my children's coz bagi papa meluangkan masa bersama dengan anak-anak papa
I <3 U


Tamat Sudah Alam Persekolahan..

Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya happy sangat sebab aku berjaya menamatkan alam persekolahan. tapi dalam gembira ada sedihnya. Ye la sedih sebab dah tak dapat lepak dengan member-member dalam kelas, ponteng kelas, merokok dalam sekolah, kena kejar dengan cikgu disiplin dan macam-macam lagi la. belum sampai sebulan aku dah rindu budak-budak kelas aku, rindu dengan cikgu lagi. bila la aku dapat jumpa dengan mereka lagi. humm..

Baru seminggu aku bebas dari SPM. Sekarang cari kerja pulak. kalau dulu pening nak menghafal formula, sejarah macam-macam la. Sekarang pening nak cari kerja sambilan. Penat kot nak cari kerja, tunggu panggilan kerja. hum.. Resume dah hantar, cuma tunggu tempat kerja yang aku minta tu MENYERU aku.. hehe

Selalunya lelaki ni suka kerja yang bergerak, tak suka berkerja duduk satu tempat. Bak kata orang tua budak lelaki ni tak reti duduk diam. Hehehe.. :)
Tapi itu la hakikatnya, lelaki memang tak reti duduk diam. Kalau dah penat, baru boleh duduk diam. harap-harap aku dapat la kerja yang bagus-bagus. AMIN....

Rabu, 5 Disember 2012

HAI SEMUA !!

Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak update blog ni. Biasa la, masuk form 5 ni busy je memanjang. Dengan study nya lagi, dengan aktiviti kor kaddet polis lagi. Penat woooo.. Tahun ni la aku kena cari kenangan manis bersama kawan-kawan aku sebelum melangkah meninggalkan alam persekolahan. Betul tak. Kadang-kadang rasa sedih juga bila duduk terfikir bila berpisah dengan kawan-kawan aku. tapi ini semua sudah menjadi lumrah manusia. Berhijrah ke tempat baru untuk meneruskan kehidupan. Kan ? Apa-apa pun aku doakan korang semua bahagia di dunia dan di akhirat :)

gambar ku ini untuk tatapan anda bila rindui ku :)
hehehehe..
I <3 U ALL