Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Sabtu, 15 November 2014

MASA UNTUK PULANG

                Assalamualaikum geng. Hari ni aku rasa sungguh gembira. Hang pasai pa gembira sangat ni? Habak mai. Hah... Nak habak la ni... Cerita dia hari ni aku dah boleh keluar dari wad. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. 

Jom balik. Tengah semangat ni.
Perasaan dia tu macam bebas dari penjara. Pasai pa plak macam penjara? Bukan kena dera pon. Memang la tak kena dera. Tapi kau dah terbaring je kat situ, tak ke pishang.. Kau bayang kan je la, nak kencing pon kat bekas dia bagi. Nak mandi? Hahaha... Cerita dia aku tak mandi 2 hari. Kemudian esoknya baru la dapat kau segarkan badan. Macam mana tu? Pakai kain basah lap kat badan je.

PISHANG
Sepanjang aku kat wad ni, mama aku dengan kembar aku yang jaga. Di sebelah pagi mama aku yang jaga. Manakala di sebelah malam, kembar aku yang menjaga aku. Waktu aku kat wad boleh dikatakan masa aku dihabiskan dengan tidur. Ya la, mana taknya kau tidur je. Setiap hari 3 kali kena cucuk dengan ubat. Lepas tu terus aja mengantuk. Tup tup je kau dah tak sedar.

Makanan sihat gitu. Tawar. huhu


Tapi hari aku akan merindui semua tu. Dah tak lagi kena cucuk. Tak ada lagi makan tawar. Tak ada lagi melayan akak nurse yang gedik. Huhu... terima kasih akak akak nurse yang jaga aku. Walaupun kadang kala jadi singa dengan aku. Hehehe. Lov yall plus.

Khamis, 13 November 2014

KEMALANGAN JALAN RAYA

                Assalamualaikum. Apa khabar kalian? Sihat ke? Untuk pengetahuan semua, aku mengalami kemalangan jalan raya pada 10.11.14 (Isnin) sekitar jam 9 pagi.  Masa tu aku dalam perjalaanan ke kuliah. Macam biasa aku pergi kelas ikut jalan yang selalu aku lalu. Lagi pun jarak dari rumah aku ke UNISEL hanya memakan masa 20 minit sahaja.

Masa inilah ambulan baru samapai.
Kain kena potong
sebab nak pasang
dekat sekitar kaki aku yang patah.
Malang tak berbau, dalam perjalanan tu ada MBSA buat penyelenggaran di sepanjang jalan di seksyen 16. Maka hanya jalan sebelah kanan saja yang dibuka. Memandangkan ada penyelenggaraan tu, aku bawa agak pelahan dari biasa. Tiba-tiba kereta hadapan aku berhenti mengejut. Bayangkan je la kalau kita bawak motor, walaupun hanya 50 km/j bila kau tak sempat nak brek, berdentum la kau dengan kereta tu.

Masa aku bergolek atas jalan tu, aku masih lagi sedar. Kemudian lepas berhenti dari bergolek baru aku pengsan. Syukur alhamdulillah, masa aku sedar tu aku tengok badan aku tak ada luka apa apa. Ok la kira nya sebab tak ada luka. Masa ni aku tak rasa sakit lagi kat kaki aku. Bila aku  cuba nak bangun.... tang tu la baru aku tak dapat rasa kaki aku. Bila aku gerak badan sikit, rasa sakit dia hanya tuhan saja yang tau.


Masa ni dah kena bius. Dah pengsan.
Ubat untuk tahan sakit
Aku sempai capai telefon aku dan menghubungi pensyarah aku dan memaklumkan bahawa aku ditimpa kemalangan. Lagi 2 minggu nak final pulak tu. Hummmm. Dah nasib badan. Orang sekitar turut membantu. Menunggu ambulan sampai ibarat menunggu ajal. Maklum la, masa tu sakit dia tak boleh nak tahan. Dalam 15 minit macam tu ambulan pon sampai. Kemudian, aku di hantar ke Hosp. Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Akhir kata, setiap apa yang menimpa diri kita, pasti ada hikmahnya. Sentiasa berfikiran positif. Allah memberi kita ujian kepada kita untuk memberi peringatan kepada kita untuk tidak alpa dengan duniawi.

Rabu, 12 November 2014

MELAWAT

            Assalamualaikum. Hai semua. Hari ke-3 di HTAR. Sesungguhnya berada di wad ni sangat membosankan. Sebab apa bosan? Orang patah kaki dik nonnn oii. Nak jalan macam mana. Huhuhuhu. Dah la tak ada member borak. Hadap phone je pon lama-lama bosan. Nasiblah lappy kecik aku dengan data hotspot dari phone ni mampu menjadi penghibur aku.

Nak diceritakan peristiwa ni berlaku semalam. Rakan sekelas serta adik-adik junior datang melawat. Sungguh terharu melihat mereka. Timbul satu perasaan sedih sebab aku rasa aku telah menyusahkan mereka untuk datang melawat aku. Aku sangat menghargai pengorbanan korang semata mata untuk datang ke Klang. Dari Shah Alam ke Klang agak jauh. Dengan kesesakan lalu lintas. Sanggup korang harungi. Terima kasih sangat.

Lawatan kali ni ada dua kali trip. Trip pertama di sebelah tengah hari, ketika waktu melawat. Mereka datang kesini selepas waktu kuliah. Dan trip seterusnya di sebelah petang. Itu pun waktu melawat dah habis. Nasib la mereka boleh masuk wad aku. Tapi, kena dua orang saja yang dibenarkan masuk.


Aku harap suatu hari nanti kita akan bersua kembali. Doakan aku moga cepat sembuh dan cepat boleh jalan seperti dulu. Aku nak berterima kasih pada korang sebab sanggup terjah  ke Klang hanya untuk melawat aku. Sayang korang ketat ketat.

Sabtu, 8 November 2014

EHOSSA GRADUATION DINNER

Assalamualaikum. Hai semua. Makin berhabuk la blog ni hah. Sorry semua, agak sibuk sikit dalam beberapa tahun ni. Ok sekarang ni aku Nak kongsikan sikit gambar masa dinner EHOSSA. Agaknya korang ada yang berkenan ke dalam gambar ni ? Kalau ada PM laju laju.. HEHEHEHE

Geng Herogadis

Cik Adik Bendahari

Girlz Limited Edition