Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Rabu, 12 November 2014

MELAWAT

            Assalamualaikum. Hai semua. Hari ke-3 di HTAR. Sesungguhnya berada di wad ni sangat membosankan. Sebab apa bosan? Orang patah kaki dik nonnn oii. Nak jalan macam mana. Huhuhuhu. Dah la tak ada member borak. Hadap phone je pon lama-lama bosan. Nasiblah lappy kecik aku dengan data hotspot dari phone ni mampu menjadi penghibur aku.

Nak diceritakan peristiwa ni berlaku semalam. Rakan sekelas serta adik-adik junior datang melawat. Sungguh terharu melihat mereka. Timbul satu perasaan sedih sebab aku rasa aku telah menyusahkan mereka untuk datang melawat aku. Aku sangat menghargai pengorbanan korang semata mata untuk datang ke Klang. Dari Shah Alam ke Klang agak jauh. Dengan kesesakan lalu lintas. Sanggup korang harungi. Terima kasih sangat.

Lawatan kali ni ada dua kali trip. Trip pertama di sebelah tengah hari, ketika waktu melawat. Mereka datang kesini selepas waktu kuliah. Dan trip seterusnya di sebelah petang. Itu pun waktu melawat dah habis. Nasib la mereka boleh masuk wad aku. Tapi, kena dua orang saja yang dibenarkan masuk.


Aku harap suatu hari nanti kita akan bersua kembali. Doakan aku moga cepat sembuh dan cepat boleh jalan seperti dulu. Aku nak berterima kasih pada korang sebab sanggup terjah  ke Klang hanya untuk melawat aku. Sayang korang ketat ketat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan