Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Khamis, 13 November 2014

KEMALANGAN JALAN RAYA

                Assalamualaikum. Apa khabar kalian? Sihat ke? Untuk pengetahuan semua, aku mengalami kemalangan jalan raya pada 10.11.14 (Isnin) sekitar jam 9 pagi.  Masa tu aku dalam perjalaanan ke kuliah. Macam biasa aku pergi kelas ikut jalan yang selalu aku lalu. Lagi pun jarak dari rumah aku ke UNISEL hanya memakan masa 20 minit sahaja.

Masa inilah ambulan baru samapai.
Kain kena potong
sebab nak pasang
dekat sekitar kaki aku yang patah.
Malang tak berbau, dalam perjalanan tu ada MBSA buat penyelenggaran di sepanjang jalan di seksyen 16. Maka hanya jalan sebelah kanan saja yang dibuka. Memandangkan ada penyelenggaraan tu, aku bawa agak pelahan dari biasa. Tiba-tiba kereta hadapan aku berhenti mengejut. Bayangkan je la kalau kita bawak motor, walaupun hanya 50 km/j bila kau tak sempat nak brek, berdentum la kau dengan kereta tu.

Masa aku bergolek atas jalan tu, aku masih lagi sedar. Kemudian lepas berhenti dari bergolek baru aku pengsan. Syukur alhamdulillah, masa aku sedar tu aku tengok badan aku tak ada luka apa apa. Ok la kira nya sebab tak ada luka. Masa ni aku tak rasa sakit lagi kat kaki aku. Bila aku  cuba nak bangun.... tang tu la baru aku tak dapat rasa kaki aku. Bila aku gerak badan sikit, rasa sakit dia hanya tuhan saja yang tau.


Masa ni dah kena bius. Dah pengsan.
Ubat untuk tahan sakit
Aku sempai capai telefon aku dan menghubungi pensyarah aku dan memaklumkan bahawa aku ditimpa kemalangan. Lagi 2 minggu nak final pulak tu. Hummmm. Dah nasib badan. Orang sekitar turut membantu. Menunggu ambulan sampai ibarat menunggu ajal. Maklum la, masa tu sakit dia tak boleh nak tahan. Dalam 15 minit macam tu ambulan pon sampai. Kemudian, aku di hantar ke Hosp. Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Akhir kata, setiap apa yang menimpa diri kita, pasti ada hikmahnya. Sentiasa berfikiran positif. Allah memberi kita ujian kepada kita untuk memberi peringatan kepada kita untuk tidak alpa dengan duniawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan