Mengenai Saya

Foto saya
Hai. Nama saya Adam. Seorang yang dikatakan sempurna ciptaan oleh tuhan.

Produk Yang Saya Jual. Klik Sini !

Khamis, 6 Disember 2012

Selamat Tinggal tugas ku sebagai Ketua Kelas T_T


Assalamualaikum.. Hai semua. untuk makluman korang semua, aku ni sebenarnya ketua kelas 5 Dedikasi 12'. Memandangkan aku dah habis SPM. maka tugas aku pon tamat la juga.



Ini lah wajah Ketua Kelas A.K.A Papa
5 DEDIKASI  :)

Sehari sebelum cuti sekolah, aku dengan kawan-kawan sekelas round-round cari cikgu untuk bermaafan supaya ilmu yang cikgu curahkan pada kitorang lebih berkat.. insya-ALLAH. Sampai je turn teacher form aku, tiba-tiba aku rasa sebak. Akhirnya mengalir la air mata seorang pelajar ini. Macam mana muka aku time aku menangis ? hahaha.. Tanya la kawan-kawan aku.

Cikgu aku ni  pandai pula dia cover air muka dia, ceh.. Poyo je.. hahaha.. [sorry teacher, terkutuk :) ] Masa aku tengah mintak maaf dengan teacher aku ni, mesti lah teresak-esak kan. so dia ni bagi la tisu kat aku. suruh lap air mata. aku simpan lagi kot tisu tu.. nak buat kenangan. hehe. Dia siap bagi semngat dekat aku. Dia cakap yang aku Ketua Kelas Terbaik Ke-2 teacher. So maknanya aku dah berjaya menjalankan amanah aku sebagai ketua kelas.

walaupun aku ni ketua kelas, tapi aku ni pun ala-ala baik juga. hehehe.. baik macam mana ? tau-tau je la.. Selalu juga mengelak dari kena denda sebab tak siapkan kerja sekolah yang cikgu beri. kiranya ponteng la. hehe. kadang-kadang aku lepak dengan dua member aku ni yang selalu bawa aku dekat part dorang smoke. aku pun join la. tak kan nak pandang je.  hehe..

Bukti yang Aku ni Ketua Kelas A.K.A Papa
5 DEDIKASI

dalam tingkatan 5 ni sebenarnya yang mematangkan aku. banyak juga memori yang di simpan. apa-apa pun aku gembira menjadi papa dalam kelas aku :)
thanks to my children's coz bagi papa meluangkan masa bersama dengan anak-anak papa
I <3 U


Tiada ulasan:

Catat Ulasan